APA ERTI AKHIR ZAMAN.
Umat Islam pada umumnya telah pun mengetahui bahwa kita berada di akhir zaman. Bila kita mengatakan Akhir zaman ini bermakna kita telah jauh dari zaman nabi yakni lebih dari 1400 tahun . Ini bermakna rata-rata umat Islam telah jauh dari kebenaran, umumnya umat Islam tidak ajaran Nabi Muhammad s.a.w. secara tepat dan global. Islam yang sebenar itu telah dirasakan sangat asing kepada umat Islam. Benarlah kata nabi saw
"Bahwa Islam itu bermula dengan dagang/ganjil/asing dan akan kembali dagang. Maka berbahagialah orang yang dagang.”
Dengan kata lain sebenar nya kita berada di zaman fitnah zaman di mana banyak berlakunya kejahatan dan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang merata di seluruh dunia.
Justeru itu tidak mustahillah umat Islam hari ini sangat tidak memahami secara mendalam, global dan tepat istilah – istilah seperti Mujaddid, Sohibuzzaman, Mursyid, Pembantu Imamul Mahdi, Pemuda Bani Tamim, ‘Orang Tuhan’, Persoalan Yaqazah, ilham, Imamul Mahdi, Persoalan Aurad Muhammadiah, Soal ‘Power’, Kebangkitan Islam kali kedua dan hal-hal lain yang berkaitan. Akhirnya berlakulah tuduhan-tuduhan, cercaan-cercaan, penghinaan dan dakwaan palsu terhadap Ustaz Ashaari.
MENDAKWA ASHAARI MUHAMMAD ADALAH MUJADDID DAN DIYAKINI SEBAGAI PEMBANTU IMAM MAHDI.
JAWAPAN.
Umat Islam pada umumnya telah pun mengetahui bahwa kita berada di akhir zaman. Bila kita mengatakan Akhir zaman ini bermakna kita telah jauh dari zaman nabi yakni lebih dari 1400 tahun . Ini bermakna rata-rata umat Islam telah jauh dari kebenaran, umumnya umat Islam tidak ajaran Nabi Muhammad s.a.w. secara tepat dan global. Islam yang sebenar itu telah dirasakan sangat asing kepada umat Islam. Benarlah kata nabi saw
"Bahwa Islam itu bermula dengan dagang/ganjil/asing dan akan kembali dagang. Maka berbahagialah orang yang dagang.”
Dengan kata lain sebenar nya kita berada di zaman fitnah zaman di mana banyak berlakunya kejahatan dan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang merata di seluruh dunia.
Justeru itu tidak mustahillah umat Islam hari ini sangat tidak memahami secara mendalam, global dan tepat istilah – istilah seperti Mujaddid, Sohibuzzaman, Mursyid, Pembantu Imamul Mahdi, Pemuda Bani Tamim, ‘Orang Tuhan’, Persoalan Yaqazah, ilham, Imamul Mahdi, Persoalan Aurad Muhammadiah, Soal ‘Power’, Kebangkitan Islam kali kedua dan hal-hal lain yang berkaitan. Akhirnya berlakulah tuduhan-tuduhan, cercaan-cercaan, penghinaan dan dakwaan palsu terhadap Ustaz Ashaari.
MENDAKWA ASHAARI MUHAMMAD ADALAH MUJADDID DAN DIYAKINI SEBAGAI PEMBANTU IMAM MAHDI.
JAWAPAN.
- Saudara fahamkah secara tepat erti Mujaddid? Mujaddid secara mudah difahami ialah seorang yang diutuskan Tuhan setiap 100 tahun khususnya di awal kurun. Dan dia membawa pembaharuan dalam agama yakni dalam penghayatan Islam secara global dan tepat.
- Buktinya perjuangan yang Mulia Haji Ashaari adalah membawa pembaharuan dalam semua hal dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Semuanya baharu, semuanya canggih dan terkini berasaskan Kenal, Cinta dan Takut Tuhan. Semua projek modalnya bukan wang tapi Tuhan bukankah itu ajaib dan baharu bagi saudara kecuali saudara tidah faham bagaimana nak mengupas dan menghurai istilah tersebut secara tepat.
- DALILNYA : “ Allah akan mengutuskan setiap di awal kurun (Setiap 100 tahun) seorang Mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama.
- DALIL ADANYA PEMBANTU IMAMUL MAHDI , Dari Ibnu Umar r.a. bahwa nabi s.a.w. sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imamul Mahdi) . Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu , hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim . Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi. “ ( Riwayat Ath Thabrani).
- Cukuplah sekadar itu kalau saudara mahu meyakini kalau nak disyarahkan mungkin ambil masa 3 hari.
- ALLAH TAALA mentaqdirkan Yang mulia Haji Ashaari sebagai seorang Mujaddid dan sekali gus sebagai Pembantu kepada Imamul Mahdi?
- Kalau saudara katakan Mustahil bermakna saudara telah menafikan kuasa Allah Taala atau dengan kata lain saudara telah menghadkan kuasa Allah Taala yang hakikatnya mampu untuk melakukan apa sahaja. Siapa yang beri’tikad sedemikian maka rosaklah akidahnya…
- Fahamilah saudara bahwa persoalan mujaddid dan Pembantu Imamul Mahdi itu memang terdapat dalam hadis-hadis dalam kitab yang muktabar yang diakui oleh Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Apakah saudara telah membaca kesemua hadis yang berkaitan dengan Mujaddid dan Imamul Mahdi? Dan apakah di sana terdapat hadis yang mengatakan bahwa yang mulia Haji Ashaari bukannya seorang Mujaddid atau Pembantu kanan Imamul Mahdi???
- Apabila ternyata kesemua ciri-ciri yang disebut dalam hadis ada pada yang mulia Haji Ashaari maka tepatlah beliau adalah seorang mujaddid dan Pembantu kanan Imamul Mahdi tanpa syak lagi. Soalnya mungkin saudara belum mengkaji secara mendalam, global dan tepat sehingga saudara belum lagi memperolehi kebenaran mutlak dari Tuhan.
- Apakah saudara berpendapat kerana yang mulia Haji Ashaari dari bangsa Melayu (Walaupun sebenarnya berketurunan arab Bani Tamim) tidak boleh menjadi Mujaddid atau Pembantu Imamul Mahdi.
- Firman Allah Taala “ Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah ialah orang yang paling bertaqwa” Tidak di sebut di sana arab, cina, melayu dan sebagainya. Ini bermakna sesiapa saja, sesiapa saja termasuklah orang melayu yakni tidak mustahil. Bila kita kata mustahil Allah melantik yang Mulia Haji Ashaari sebagai Mujaddid sekali lagi saya tegaskan rosaklah akidah kita kerana menafikan kuasa Allah.
- Antara sifat dan kelebihan seorang Mujaddid itu adalah seperti berikut.
- Paling alim di zamannya. Kealimannya bertaraf Mujtahidin. Nak buktikan kenalah kenali , dating, bertanya, dinilai barulah tahu bukannya berdasarkan cakap–cakap orang atau laporan orang fasik di akhir zaman.
- Berani yang luar biasa. Dah terbukti dah kena ISA tapi tetap teruskan perjuangan. Bukankah tanda berani luarbiasa? Dah Lebih 40 tahun beliau walaupun difitnah beliau tidak gentar sedikit pun . Inilah cirri-ciri kewalian.
- Paling Menonjol sifat taqwanya. Paling merendah diri, paling merasakan diri nya yang paling hina di sisi Allah. Saudara kenalah berani berjumpa dengan yang mulia Haji Ashaari dan bermuzakarah, itulah salah satu tanda berani kerana benar. Jangan main serkap jarang je!
- Sangat zuhud dengan dunia erti walau pun beliau seorang yang kaya namun terbukti kekayaannnya tidak sedikit pun mempengaruhi jiwanya kerana hidup mati beliau adalah untuk Allah Taala semata-mata.
- Lidah atau mata pena tajam, serta pandangannya jauh serta global. Ertinya didikannya mampu untuk mengubah hati-hati manusia untuk cinta dan takut kepada Tuhan. Mungkin saudara rasa cinta dan takut kepada Tuhan sesuatu yang biasa juga di sebut oleh ustaz-ustaz lain tetapi hakikat yang mulia Haji ashaari dapat memberilan ‘ilmu rasa’ sehingga pengikut dapat merasakan bahwa diri mereka\n adalah manusia yang paling berdosa dan hina. Ini adalah satu keluarbiasaan.
- Allah membantu dengan karomah dan maunah. Memang telah menjadi syarat perjuangan kebenaran bahwa jamaah kebenaran itu mestilah mendapat bantuan Tuhan samada melalui karamoh dan berita-berita ghaib. Itulah kuasa Tuhan yang membuktikan jamaah itu benar dibantu. Islam itu kuat dengan taqwa bukan dengan senjata lahiriah walaupun mengusahakan yang zahir itu tidak salah. Yang terbaik terhimpunnya 2 kekuatan\n fizikal dan maknawi.
- Menyedarkan kembali ulama-ulama yang sedang lalai daripada tanggungjawab mereka kecuali mereka yang tidak mendapat taufik.
- Ditakuti oleh lawan dan disegani oleh kawan. Ciri ini adalah persis sama seperti yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah pengulangan sejarah, Namun demikian terdapat juga musuh yang mengakui kebenaran Nabi s.a.w. tetapi takut untuk menzahirkannya kerana faktor-faktor tertentu.
- Membenteras pembawa bidaah yang sebenar-benarnya. Apa yang berlaku kepada yang Mulia Haji Ashaari ialah pertembungan antara fahaman wahabi yang menolak yaqazah, ilham, kasyaf, karamah dan sebagainya dan yang Mulia Haji Ashaari yang berjuang bersungguh sungguh mempertahankan institusi Sufi yakni fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang\n sebenarnya.
- Menggugat system masyarakat yang sedang diamalkan. Kebanyakan nsistem masyarakat yang ada di dunia pada hari ini adalah berorientasikan sekularisma dan kapitalisma dan yang sewaktu dengannya.
- Demikian di antara sifat-sifat yang ada pada diri dan perjuangan yang Mulia Haji Ashaari sebagai seorang Mujaddid.
- Kesimpulannya hasil dari kajian dan mendampingi peribadi yang Mulia Haji Ashaari terbukti bahwa beliau memang lah seorang Mujaddid yang dijanjikan di kurun ini dan beliau juga lah Pembantu kepada Imamul Mahdi setelah dibuat analisa secara global dan tepat bahkan diakui oleh ulama-ulama Arab di pelbagai Negara Timur Tengah.
- Perlu jugalah diketahui menetap yang Mulia Haji Ashaari sebagai Mujaddid dan Pembantu kepada Imamul Mahdi bukanlah merosakkan akidah bahkan ia tiada dalam persoalan rukun Islam dan tidak termasuk dalam rukun iman yang enam tak tahu lah kalau saudara berani nak tambah rukun iman satu sehingga akibat boleh merosakkan iman bagi yang menetapkan siapa Mujaddid umpamanya. Tolong beri perhatian. Harap puas hati dengan jawapan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan