Pages

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jentik Hati.....


`Bengkok`nya Perempuan...

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."


"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"


"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."


"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."


"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."


"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"


"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."


"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."


"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."


"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"


"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."


"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."


"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."


"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"


"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."


"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."


"Hmm, betul tu Naim."


"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."


"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."


"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini..."

Berdoa dengan tawassul

Masalah tawassul itu begini:
'Tawassul artinya mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan".
Dalam al Quran istilah "'wasilah" disebut dalam dua tempat, yaitu

1. Pada surat al Maidah


"Hai orang-orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah, dan carilah wasilah (jalan) - yang mendekatkan - kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan Allah, supaya kamu jadi beruntung" (Al Maidah : 35)
."
Dalam ayat ini ada 3 hukum dapat dikeluarkan
  1. Kita wajib patuh (tha'at) kepada Allah.
  2. Kita disuruh mencari "jalan" yang bisa mendekatkan diri kepada Allah.
  3. Kita disuruh berjuang (jihad) di jalan Allah. Kalau yang tiga ini dikerjakan maka kita ada jaminan untuk mendapat kemenangan duna-akhirat.

2. Pada surat al Isra'


"Mereka mencari wasilah (jalan) untuk mendekatkan din kepada Tuhan-. (Al Isra' : 57).

Maka berdoa dengan bertawassul ialah berdo'a kepada Tuhan dengan wasilah, yaitu dengan mengingat sesuatu yang dikasihi Tuhan.
Kalau dicontohkan kepada situasi keduniaan, umpamanya kita akan minta pekerjaan kepada sesuatu jawatan, tetapi kita tidak begitu dikenal oleh kepala kantor jawatan itu, maka kita lalu mencari jalan, yaitu menghubungi sahabat kita yang bekerja pada kantor itu dan dengan pertolongannya permintaan kita menjadi terkabul.
Ini permohonan dengan "wasilah- namanya.
Atau dalam soal ini kita langsung menemui kepala kantor dan langsung memohon kepadanya untuk minta pekerjaan, dengan memberi tahu atau memperingatkan kepadanya bahwa kita yang bermohon ini adalah berteman dengan anaknya. Ini juga meminta dengan wasilah (tawassul) namanya.
Wasilah semacam ini hanya sekedar untuk lebih memudahkan terkabulnya permintaan yang memang pada dasarnya juga dapat dikabulkan. Jangan keliru faham. Kita minta pekerjaan hanya kepada kepala kantor, tidak pada kawan kita tadi dan bukan pula kepada anaknya itu, tetapi kawan kita itu atau anaknya itu sekedar mwmbuka jalan untuk mendapatkan fasilitas.
Begitu juga berdo'a dengan wasilah atau tawassul kepada Tuhan. Contoh-contohnya do'a bertawassul :
  1. Kita datang kepada seorang Nabi atau seorang ulama yang dianggap mulia dan dikasihi Tuhan, lalu kita katakan kepada beliau : Saya akan berdo'a memohon in atau itu kepada Tuhan, tetapi saya harap pula tuan Guru mendo'akan kepada Allah bersama saya, supaya permintaan saya dikabulkan-Nya. Lalu kedua orang itu rneado'a.
  2. Kita datang ziarah kepada Nabi di Madinah, ketika itu - taroklah - beliau masih hidup atau pada ketika beliau telah wafat, maka kita mendo'a di situ dan kits harapkan agar Nabi Muhammad Saw. mendo'akan kita pula kepada Allah. Ini namanya mendo'a dengan tawassul, dengan orang yang masih hidup atau yang telah wafat.
  3. Kita datang ziarah ke makam Tuan Syekh Abdul Qadir al Jailani, seorang ulama tasauf yang besar di Bagdad, lantas kita mendo'a di situ kepada Tuhan begini bunyinya:
    "Ya Allah, Ya Tuhan yang Pengasih dan Penyayang, saya mohon ampunan dan keredhaan-Mu berkah beliau yang bermakam di sini, karena beliau ini saya tahu, seorang ulama besar yang engkau kasihi. Berilah permohonan saya, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !"
    Do'a macam in namanya do'a bertawassul.
  4. Kita mendo'a kepada Tuhan Yang Maha Esa begini bunyinya
    "Ya Allah berkat "jah" (tuah) Nabi Besar Muhammad Saw. berilah permohonan saya"..
    Ini namanya do'a bertawassul dengan jah (tuah) Nabi.
  5. Kita berdo'a umpamanya begin:
    "Ya Allah, berkat nama-Mu yang Besar, berilah saya ini itu". In mendo'a bertawassul dengan nama Tuhan.
  6. Kita mendo'a umpamanya begin:
    "Ya Allah, saya ada mengeriakan amalan yang baik, yaitu saya tetap hormat kepada ibu bapa saya. Kalau amal itu diterima oleh ENGKAU maka berilah permohonan saya ini dan itu".
Amal do'a bertawassul serupa itu diamalkan oleh Ulama-ulama Kaum Ahlussunnah wal jama'ah sedari dulu sampai sekarang, tetapi dengan lancang Ibnu Taimiyah cs. menfatwakan bahwa aural macam itu syirik atau kufur, na'udzubillah.
Bagi barangsiapa yang hendak mendalami masalah ini bacalah Kitab Syawahidul Haq", karangan Syekh Ismail an Nabhani, cetakan Syirkah wa Mathba'ah Mushthahafa Babil Halaby, Kairo.
Rujukan:
K.H. Siradjuddin Abbas, 40 Masalah Agama Jilid 1 cetakan ke-33

Kategori Umat Islam

Kategori Umat Islam

........
Kedatangan Rasulullah SAW adalah Rasul yang akhir, itu
agama Tuhan yang paling sempurna, paling global, agama
untuk semua etnik, semua kaum, semua bangsa. Walaupun
begitu ketika zaman sudah jauh, masa sudah beredar,
keadaan sudah berubah, maka agama yang sudah
ditinggalkan Rasulullah SAW pada umatnya 1,500 tahun,
mungkin agama ini sudah cacat. Dicacatkan oleh cinta
dunia, dicacatkan oleh kejahilan, dicacatkan oleh
setengah faham setengah tidak faham, dicacatkan oleh
mazhab yang datang kemudian. Maka kalau kita
kategorikan umat Islam hari ini, entah ada berapa
banyak kategori.
Tapi dapat kita sebut seperti ini, kerana Islam sudah
jauh dari Rasulullah SAW, maka
Kategori ke-1.
ada yang mengaku Islam atas dasar keturunan. Dia
sendiri tak tahu dia Islam atau tidak.
Kategori ke-2
Tinggal akidah saja yang Islam. Akidah betul, mengenal
Tuhan betul, tapi tak ada syariat lagi hingga
sembahyang pun tak dia buat. Dia masih orang Islam,
tapi masuk Nerakanya sangat lama.
Yang ke-3, akidahnya betul, mengenal Tuhan betul, tapi
syariat yang diambil hanya di bidang ibadah saja.
Ekonomi, pendidikan, perhubungan, semua tak ikut
syariat. Nikah & kawin tak ikut syariat islam. Tinggal
ibadah saja. Ini termasuk orang islam yang zalim atau
fasik
Yang ke-4, umat Islam yang akidahnya betul, syariatnya
selain ibadah dan juga berlaku syariat dalam
kehidupan. Tapi ia tidak memikirkan apakah syariat itu
dibuat dalam keadaan riya, sombong dan hal-hal
rohaniah, yang penting secara lahir dia buat syariat
tersebut. Makan minum, pergaulan, sembahyang puasa dia
jaga. Tapi dia tak fikir apakah dia riya, apakah
karena Tuhan, apakah karena orang. Ini termasuk orang
fasik, tapi tak setebal fasik yang tadi.
Kategori ke-5, orang Islam yang akidahnya betul dan
menjalankan syariat, baik di bidang ibadah, ataupun di
bidang kehidupan, cuma dia khusyuk, dia takut Tuhan,
hanya di waktu ibadah saja. Di luar sembahyang, di
luar ibadah, tak ada rasa takut dengan Tuhan, tidak
merasa bertuhan. Kita anggap mereka ini orang soleh,
tetapi mereka belum bertaqwa.
Yang ke-6. Orang yang dapat menghayati Tuhan di waktu
ibadah, takut dengan Tuhan di dalam dan di luar
ibadah, tapi dalam pada itu ada lalainya, ada lupa
dengan Tuhan, sekali sekali saja dalam kehidupan dia
lalai dengan Tuhan. Itulah orang bertaqwa.
Yang ke-7, Orang lahir dan batinnya dengan Tuhan,
dalam keadaan ibadah atau tidak ibadah hatinya selalu
dengan Tuhan. Lahir dan batin sama. Lahir
menggambarkan batin, batin menggambarkan lahir. Itu
orang yang siddiqin. Mereka dari kalangan Rasul-rasul,
Nabi-nabi atau wali-wali besar.
-ASZ-

Wasiat Rasulullah

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

~Wahai anakku !  Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. 

~Wahai anakku !  Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. 

~Wahai anakku !  Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

~Wahai anakku !  Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.  Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

~Wahai anakku !  Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu.  Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

~Wahai anakku !  Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.  Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.  Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

~Wahai anakku !  Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

~Wahai anakku !  Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja.  Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

~Wahai anakku !  Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

~Wahai anakku !  Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia.  Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

~Wahai anakku !  Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya.  Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

~Wahai anakku !  Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya.  Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

~Wahai anakku !  Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

~Wahai anakku !  Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit.  Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

~Wahai anakku !  Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.  Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

~Wahai anakku !  Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.  Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati.  Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

~Wahai anakku !  Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.  Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

~Wahai anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

Wasiat Hasan Al-Banna

Tahukah kamu kenapa kita tertinggal jauh ke belakang dari salafus salih? Sesungguhnya satu sahaja jawapannya dan tiada duanya. Ini kerana kita berpaling dari Al-Qur'an dan tidak melakukan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Ketahuilah bahawa muslim akan hanya merasa bahagia di alam nyata apabila mereka menjadikan Al-Qura'nul Karim sebagai perlembagaan hidup dan perlembagaan mereka. Terimalah amanat dari aku: "Sesungguhnya Allah tidak akan menolong orang-orang fasik yang berpaling tadah dari agama mereka dan melalui jalan syaitan nir rajim. Di hari kita kembali kepada pangkuan Al-Qur'an dan sunnah yang suci, di hari itulah kita akan melihat pertolongan Allah s.w.t. terpampang di hadapan mata kita."

10 wasiat Hasan al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

KEBENARAN di Akhir Zaman

APA ERTI AKHIR ZAMAN.

Umat Islam pada umumnya telah pun mengetahui bahwa kita berada di akhir zaman. Bila kita mengatakan Akhir zaman ini bermakna kita telah jauh dari zaman nabi yakni lebih dari 1400 tahun . Ini bermakna rata-rata umat Islam telah jauh dari kebenaran, umumnya umat Islam tidak ajaran Nabi Muhammad s.a.w. secara tepat dan global. Islam yang sebenar itu telah dirasakan sangat asing kepada umat Islam. Benarlah kata nabi saw

"Bahwa Islam itu bermula dengan dagang/ganjil/asing dan akan kembali dagang. Maka berbahagialah orang yang dagang.”

Dengan kata lain sebenar nya kita berada di zaman fitnah zaman di mana banyak berlakunya kejahatan dan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang merata di seluruh dunia.

Justeru itu tidak mustahillah umat Islam hari ini sangat tidak memahami secara mendalam, global dan tepat istilah – istilah seperti Mujaddid, Sohibuzzaman, Mursyid, Pembantu Imamul Mahdi, Pemuda Bani Tamim, ‘Orang Tuhan’, Persoalan Yaqazah, ilham, Imamul Mahdi, Persoalan Aurad Muhammadiah, Soal ‘Power’, Kebangkitan Islam kali kedua dan hal-hal lain yang berkaitan. Akhirnya berlakulah tuduhan-tuduhan, cercaan-cercaan, penghinaan dan dakwaan palsu terhadap Ustaz Ashaari.

MENDAKWA ASHAARI MUHAMMAD ADALAH MUJADDID DAN DIYAKINI SEBAGAI PEMBANTU IMAM MAHDI.

JAWAPAN.
  1. Saudara fahamkah secara tepat erti Mujaddid? Mujaddid secara mudah difahami ialah seorang yang diutuskan Tuhan setiap 100 tahun khususnya di awal kurun. Dan dia membawa pembaharuan dalam agama yakni dalam penghayatan Islam secara global dan tepat.
  2. Buktinya perjuangan yang Mulia Haji Ashaari adalah membawa pembaharuan dalam semua hal dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Semuanya baharu, semuanya canggih dan terkini berasaskan Kenal, Cinta dan Takut Tuhan. Semua projek modalnya bukan wang tapi Tuhan bukankah itu ajaib dan baharu bagi saudara kecuali saudara tidah faham bagaimana nak mengupas dan menghurai istilah tersebut secara tepat.
  3. DALILNYA : “ Allah akan mengutuskan setiap di awal kurun (Setiap 100 tahun) seorang Mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama.
  4. DALIL ADANYA PEMBANTU IMAMUL MAHDI , Dari Ibnu Umar r.a. bahwa nabi s.a.w. sambil memegang tangan Sayidina Ali telah bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan (Imamul Mahdi) . Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu , hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim . Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi. “ ( Riwayat Ath Thabrani).
  5. Cukuplah sekadar itu kalau saudara mahu meyakini kalau nak disyarahkan mungkin ambil masa 3 hari.
  6. ALLAH TAALA mentaqdirkan Yang mulia Haji Ashaari sebagai seorang Mujaddid dan sekali gus sebagai Pembantu kepada Imamul Mahdi?
  7. Kalau saudara katakan Mustahil bermakna saudara telah menafikan kuasa Allah Taala atau dengan kata lain saudara telah menghadkan kuasa Allah Taala yang hakikatnya mampu untuk melakukan apa sahaja. Siapa yang beri’tikad sedemikian maka rosaklah akidahnya…
  8. Fahamilah saudara bahwa persoalan mujaddid dan Pembantu Imamul Mahdi itu memang terdapat dalam hadis-hadis dalam kitab yang muktabar yang diakui oleh Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  9. Apakah saudara telah membaca kesemua hadis yang berkaitan dengan Mujaddid dan Imamul Mahdi? Dan apakah di sana terdapat hadis yang mengatakan bahwa yang mulia Haji Ashaari bukannya seorang Mujaddid atau Pembantu kanan Imamul Mahdi???
  10. Apabila ternyata kesemua ciri-ciri yang disebut dalam hadis ada pada yang mulia Haji Ashaari maka tepatlah beliau adalah seorang mujaddid dan Pembantu kanan Imamul Mahdi tanpa syak lagi. Soalnya mungkin saudara belum mengkaji secara mendalam, global dan tepat sehingga saudara belum lagi memperolehi kebenaran mutlak dari Tuhan.
  11. Apakah saudara berpendapat kerana yang mulia Haji Ashaari dari bangsa Melayu (Walaupun sebenarnya berketurunan arab Bani Tamim) tidak boleh menjadi Mujaddid atau Pembantu Imamul Mahdi.
  12. Firman Allah Taala “ Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah ialah orang yang paling bertaqwa” Tidak di sebut di sana arab, cina, melayu dan sebagainya. Ini bermakna sesiapa saja, sesiapa saja termasuklah orang melayu yakni tidak mustahil. Bila kita kata mustahil Allah melantik yang Mulia Haji Ashaari sebagai Mujaddid sekali lagi saya tegaskan rosaklah akidah kita kerana menafikan kuasa Allah.
  13. Antara sifat dan kelebihan seorang Mujaddid itu adalah seperti berikut.
    1. Paling alim di zamannya. Kealimannya bertaraf Mujtahidin. Nak buktikan kenalah kenali , dating, bertanya, dinilai barulah tahu bukannya berdasarkan cakap–cakap orang atau laporan orang fasik di akhir zaman.
    2. Berani yang luar biasa. Dah terbukti dah kena ISA tapi tetap teruskan perjuangan. Bukankah tanda berani luarbiasa? Dah Lebih 40 tahun beliau walaupun difitnah beliau tidak gentar sedikit pun . Inilah cirri-ciri kewalian.
    3. Paling Menonjol sifat taqwanya. Paling merendah diri, paling merasakan diri nya yang paling hina di sisi Allah. Saudara kenalah berani berjumpa dengan yang mulia Haji Ashaari dan bermuzakarah, itulah salah satu tanda berani kerana benar. Jangan main serkap jarang je!
    4. Sangat zuhud dengan dunia erti walau pun beliau seorang yang kaya namun terbukti kekayaannnya tidak sedikit pun mempengaruhi jiwanya kerana hidup mati beliau adalah untuk Allah Taala semata-mata.
    5. Lidah atau mata pena tajam, serta pandangannya jauh serta global. Ertinya didikannya mampu untuk mengubah hati-hati manusia untuk cinta dan takut kepada Tuhan. Mungkin saudara rasa cinta dan takut kepada Tuhan sesuatu yang biasa juga di sebut oleh ustaz-ustaz lain tetapi hakikat yang mulia Haji ashaari dapat memberilan ‘ilmu rasa’ sehingga pengikut dapat merasakan bahwa diri mereka\n adalah manusia yang paling berdosa dan hina. Ini adalah satu keluarbiasaan.
    6. Allah membantu dengan karomah dan maunah. Memang telah menjadi syarat perjuangan kebenaran bahwa jamaah kebenaran itu mestilah mendapat bantuan Tuhan samada melalui karamoh dan berita-berita ghaib. Itulah kuasa Tuhan yang membuktikan jamaah itu benar dibantu. Islam itu kuat dengan taqwa bukan dengan senjata lahiriah walaupun mengusahakan yang zahir itu tidak salah. Yang terbaik terhimpunnya 2 kekuatan\n fizikal dan maknawi.
    7. Menyedarkan kembali ulama-ulama yang sedang lalai daripada tanggungjawab mereka kecuali mereka yang tidak mendapat taufik.
    8. Ditakuti oleh lawan dan disegani oleh kawan. Ciri ini adalah persis sama seperti yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah pengulangan sejarah, Namun demikian terdapat juga musuh yang mengakui kebenaran Nabi s.a.w. tetapi takut untuk menzahirkannya kerana faktor-faktor tertentu.
    9. Membenteras pembawa bidaah yang sebenar-benarnya. Apa yang berlaku kepada yang Mulia Haji Ashaari ialah pertembungan antara fahaman wahabi yang menolak yaqazah, ilham, kasyaf, karamah dan sebagainya dan yang Mulia Haji Ashaari yang berjuang bersungguh sungguh mempertahankan institusi Sufi yakni fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang\n sebenarnya.
    10. Menggugat system masyarakat yang sedang diamalkan. Kebanyakan nsistem masyarakat yang ada di dunia pada hari ini adalah berorientasikan sekularisma dan kapitalisma dan yang sewaktu dengannya.
    11. Demikian di antara sifat-sifat yang ada pada diri dan perjuangan yang Mulia Haji Ashaari sebagai seorang Mujaddid.
  14. Kesimpulannya hasil dari kajian dan mendampingi peribadi yang Mulia Haji Ashaari terbukti bahwa beliau memang lah seorang Mujaddid yang dijanjikan di kurun ini dan beliau juga lah Pembantu kepada Imamul Mahdi setelah dibuat analisa secara global dan tepat bahkan diakui oleh ulama-ulama Arab di pelbagai Negara Timur Tengah.
  15. Perlu jugalah diketahui menetap yang Mulia Haji Ashaari sebagai Mujaddid dan Pembantu kepada Imamul Mahdi bukanlah merosakkan akidah bahkan ia tiada dalam persoalan rukun Islam dan tidak termasuk dalam rukun iman yang enam tak tahu lah kalau saudara berani nak tambah rukun iman satu sehingga akibat boleh merosakkan iman bagi yang menetapkan siapa Mujaddid umpamanya. Tolong beri perhatian. Harap puas hati dengan jawapan ini.

Kenalilah Imam Mahdi

Mari Mengenal Bakal Imam Mahdi

 
Hadits:
Dari Abdullah, Nabi S.A.W bersabda:
"Jika umur dunia tinggal sehari saja niscaya ALLAH SWT akan memanjangkan hari itu hingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapaknya menyerupai nama bapakku, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman". (Hadits Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Ada banyak hadis sejenis dengan kualitas shahih, saya tak tuliskan di sini.
Sekarang mari kita lihat bersama silsilah orang yang dikatakan oleh Abuya Ashaari Muhammad sebagai bakal Imam Mahdi yang akan datang sebentar lagi: Muhammad bin Abdullah As Suhaimi.

MUHAMMAD (As Suhaimi) bin ABDULLAH bin Umar bin Abdurrahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak (Al Madani) bin Hassan bin Ali bin Ahmad bin Abu Bakar (Asy-Syaibani) bin Muhammad (Asadullah) bin Hassan (At Turabi) bin Ali bin Muhammad (Al Faqih) bin Ali bin Muhammad (Shahibul Mirbat) bin Ali (Khali') bin Alawi (Ats-Tsani) bin Muhammad bin Alawi (Al Awwal) bin Ubaidullah bin Ahmad (Al Muhajir) bin Isa (Ar Rumi) bin Muhammad (An Naqib) bin Ali (Al Aridhi) bin Ja'far (Ash Shadiq) bin Muhammad (Al Baqir) bin Ali Zainal Abidin bin Sayidina Husain r.a bin Sayidina Ali k.m.w + Sayidatina Fatimah r.a bin MUHAMMAD S.A.W

Namanya persis nama Rasulullah S.A.W dan nama bapaknya persis nama bapak Rasulullah S.A.W. Yang di dalam kurung adalah gelaran setelah dewasa. Tanda "+" berarti "menikah".
Dari silsilah ini nampak bahwa Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah seorang Sayid (keturunan Sayidina Husain r.a) dan tentu saja adalah keturunan Baginda Rasulullah S.A.W. Sepuluh generasi di atas beliau adalah Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani yang merupakan seorang pendiri kabilah. Keturunan Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani di Nusantara ini disebut Bani Syaibani atau Basyiban atau di-Jawa-kan fam-nya "Baseban".

Muhammad As Suhaimi atau lengkapnya Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi telah dilahirkan pada 1259 H/1843 M di Sudagaran Wonosobo. Kakek Muhammad As Suhaimi, yaitu Umar Sutodrono adalah salah seorang panglima Pangeran Diponegoro. Makam beliau (Sayid Umar) terdapat di Kaligintung Wonosobo. Gelaran "Sutodrono" didapat beliau setelah menjadi panglima tentara di Jawa. Sayid Umar dikaruniai 6 orang putera. Yang bungsu bernama Abdullah. Sayid Abdullah setelah dewasa menetap di daerah Sudagaran di Wonosobo. Beliau menikah dengan AMINAH yang masih keturunan Rasulullah S.A.W dari Sayidina Hassan. Dari perkawinan ini lahirlah Muhammad.

Awalnya adalah Sayid Abdurrahim dan puteranya Sayid Umar yang berhijrah dari Hadhramaut ke Tanah Jawa beberapa tahun menjelang Perang Diponegoro meletus. Ketika perang dimulai, segera saja Sayid Umar memilih berpihak kepada Pangeran Diponegoro yang, bukan saja Islam, tetapi juga pengamal Tareqat Naqsyabandiyah (Sayid Umar sendiri adalah seorang pengamal Tareqat Alawiyah). Pangeran Diponegoro pun mengangkatnya sebagai salah seorang panglima. Setelah perang Diponegoro selesai, Sayid Umar menyingkir ke daerah Kaligintung di luar kota Wonosobo dan membuat perkampungan di sana.

Tanda-tanda Imam Mahdi

    Supaya saudara-saudaraku sesama Muslim tidak keliru dan simpang siur dalam mencari tanda-tanda munculnya imam Mahdi, ada baiknya memperhatikan hadits berikut ini: ”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Maqom (Ibrahim) padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)

Maka setelah terbenamnya pasukan itu tinggalah satu atau dua orang dibiarkan hidup oleh Allah untuk menceritakan apa yang dialami oleh pasukan tersebut sehingga tersiarlah ke seluruh dunia berita menggemparkan itu. Dan setiap mukmin yang faham hadits ini pasti langsung faham bahwa Imam Mahdi telah diutus. Maka sejak saat itu mulailah terjadi gelombang demi gelombang kaum muslimin dari segenap penjuru dunia untuk berbai’at dan bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Mulailah pasukan Al-Mahdi menjalankan proyek pengalihan kondisi dunia dimana ummat Islam hidup di babak keempat di bawah kepemimpinan Mulkan Jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak sambil mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya) menuju babak kelima yaitu tegaknya Khilafah ’ala minhaj An-Nubuwwah (kekhalifahan mengikuti metode Kenabian). Mulailah proyek peralihan keadaan zaman dari kondisi penuh kezaliman menuju kondisi penuh keadilan. Sebagaimana Nabi shollallahu ’alaih wa sallam sinyalir sebagai berikut: “Sedangkan Al-Mahdi ia akan penuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.” (Al-Hakim 8714)

Imam Mahdi

Imam Mahdi

 

Siapakah Imam Mahdi

Imam Mahdi adalah seorang ulama, mujaddid, pemimpin dan khalifah yang akan memimpin kebangkitan Islam di akhir zaman.

Imam Mahdi Adalah Seorang khalifah

Imam Mahdi adalah seorang khalifah yang memimpin pemerintahan umat Islam. Penjelasannya dapat dilihat pada hadis berikut:
Dari Abu Said al-Khudri RA dari Nabi SAW bersabda,
“Di antara khalifah kamu adalah seorang khalifah yang mencurahkan harta-benda tanpa mengira-ngira.” (Muslim)
Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda
“Jika umur dunia ini tidak tinggal melainkan sehari sahaja, pasti akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dia memerintah.” (At-Tarmizi)
Dalam hadis di atas disebut bahwa Imam Mahdi akan "memerintah", artinya Imam Mahdi akan memegang pemerintahan. Jadi Imam Mahdi adalah seorang khalifah atau kepala negara sebuah negara Islam.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi adalah gelar, bukan nama sesungguhnya. Nama sesungguhnya dari beliau adalah Muhammad bin Abdullah. Penjelasan nama Imam Mahdi adalah hadis berikut: telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya :
Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, niscaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman

Imam Mahdi Adalah Termasuk Dua Belas Khalifah Rasulullah

A. Dari Jabir bin Samurah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.” (At-Tarmizi)

B. Sabda Nabi SAW,
“Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.” (Abu Daud)