Pages

Khamis, 30 September 2010

Kebangkitan di Akhir Zaman

"Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Qur'an kepada mereka, mereka segera menumuskan muka dengan sujud(dalam keadaan hiba dan khusyu').
serta mereka menegaskan(dalam sujud): Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana'.
Dan mereka segera menumuskan mukanya dengan sujud itu sambil menangis, sedang Al-Qur'an menambahkan mereka khusyu'."
(Al-Isra': 107-109)

"Bila anda telah menemukan orang yang khusyu' yang boleh menghantarkan anda kepada-Nya, maka berpegang teguhlah kepadanya kerana sesungguhnya ia orang yang benar-benar berilmu, sebab itulah tanda ulama akhirat"

- Imam Al-Ghazali (Tazkiyatun Nafs)

Berdasarkan ayat al-quran diatas dapat kita fahami bahawa orang2 yang khusyu ini iaitu orang yang berilmu dan merendah diri. Perlu di ingatkan Kebangkitan di Akhir Zaman hanya akan berlaku pada tangan-tangan orang yang betul2 CINTA dan TAKUTKAN TUHAN.. oleh itu, mereka ini sememangnya mempunyai ILMU KHUSYU'.

Sesungguhnya ilmu khusyu' berkaitan dengan ilmu pensucian hati dari berbagai penyakit dan upaya meralisasikan kesihatannya. Masalah ini merupakan tema yang sangat luas sehingga para ulama akhirat memulainya dengan ZIKIR dan HIKMAH kepada orang yang berjalan menuju Allah sehingga hatinya hidup. Bila hatinya telah hidup bererti mereka telah membersihkannya dari berbagai sifat yang tercela dan menunjukkan kepada sifat2 terpuji.

Hanya orang2 seperti inilah yang akan dapat merialisasikan JADUAL TUHAN di akhir zaman, iaitu Kebangkitan Islam.

Orang2 seperti ini sering dikenali sebagai MURSYID.. yang akan membentuk dalam seseorang melalui kaedah yang terbaik baginya. Kerna itulah WAJIB keatas kita untuk berjemaah. Berjemaah ini bukan membuat perkara secara beramai-ramai namun apa yang di maksudkannya ialah.. kita mempunyai MURSYID yang akan membantu kita dalam kehidupan, yang akan mencatur hiduo kita untuk menuju Allah, TUHAN yang Esa. Itulah yang dinamakan sebagai BERJEMAAH.

Kebangkitan tidak akan berlaku selagi satu sistem BERJEMAAH belum berlaku. Ini adalah kerana bagi membangkitkan Kegemilangan yang bukan calang-calang di akhir zaman, segala sunnah Nabi dan sistem di zaman Nabi perlu dihidupkan dan dikukuhkan. Segala sistem perlu mengikut syariat ISLAM. Hanya orang yang bergelar Wali Allah ataupun MURSYID di akhir zaman ini sahaja la yang dapat membawa manusia kembali memartabatkan sunnah nabi dan sistem nabi.

Sistem itu termasuklah hiburan, pendidikan, pentadbiran, perkapalan, perhotelan, perbankan, perkomputeran, dan insitusi kekeluargaan. Semua sistem ini sememangnya hanyalah bertujuan bagi menampakkan mengaungkan Allah. Tidak ada satu pun perkara yang akan didahulukan selain Tuhan di dalam sistem ini. Kerna itulah kita tidak boleh menumpang-numpang di atas sistem BARAT!!

Lihat sahaja dunia hari ini yang begitu bergantung terhadap sistem BARAT. Dimana sistem ISLAM yang terselah dengan SYARIAT!! yang penuh dengan KASIH SAYANG!! yang penuh dengan KEADILAN!! yang penuh dengan PENGHORMATAN!! dan penuh dengan RAHMAT!!

Ingatlah kebangkitan pasti akan datang pada DUNIA sangat menginginkan PEMIMPIN yang paling terbaik. Di SAAT DUNIA sangat sengsara dan menderita dan memerlukan pmpinan. Sesungguhnya Allah itu MAHA PENYANYANG. Pasti Allah akan menurunkan orang yang boleh memperkenalkan SISTEM ALLAH yang dibawa oleh nabi satu ketika dulu. Oleh itu, orang itu pasti akan hadir.. Kerana Allah akan menghantar seorang MUJADDID.

“Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini, seorang mujaddid yang akan membaharui agamanya pada setiap awal seratus tahun.” (Al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Hajar, Abu Daud & al-Iraqi)

Ingatlah.. Kebangkitan kini kian hanpir.. Segala Tanda kiamat kecil telah lama berlaku dan kini yang belum hanyalah tanda2 besar sahaja.

Bersediakah kita menghadapi PERANG yang paling hebat yang bakal berlaku TIDAK LAMA lagi?

bersambung.. InsyAllah..

Tiada ulasan: